Dituduh tak jaga 'hygiene' ketika beri sumbangan, Alha Alfa kongsi cara selit duit dalam pisang

Oleh: Zuzu Yasmine

Tersentuh akan kesusahan dihadapi rakyat, mereka berkemampuan mengambil inisiatif dengan menghulurkan bantuan buat mereka yang terjejas atas dasar kemanusiaan.

Bagaimanapun, ada pula yang tidak senang apabila perbuatan tersebut dirakam dan dimuat naik ke media sosial kerana dikatakan cuba meraih populariti.

Kecewa niat baik dikecam

Perkara tersebut juga dirasai oleh jurusolek terkenal dan usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa apabila dikatakan ingin menunjuk kebaikan dilakukan sehingga membuatnya memadam video yang dimuat naik selain turut meluahkan rasa kekesalannya.

Meskipun terguris dengan kata-kata sesetengah pihak, Datuk Alha Alfa atau nama penuhnya Abdul Al Halim Al Fadzil tetap memohon maaf jika tindakannya itu menyinggung ramai pihak.

Kongsi cara selit duit

Dalam posting lain di Instagram miliknya, dia berkongsi cara memasukan duit ke dalam pisang dan memberikan kepada mereka memerlukan seperti yang tular sebelum ini.

Difahamkan, cara tersebut dikongsikan bagi menutup mulut mereka-mereka yang menunduhnya tidak menjaga kebersihan ketika memberi sumbangan.

Katanya, penerima tentu akan sedar tentang selitan duit di tengah-tengah pisang sebelum memakannya.

Jelasnya, cara tersebut dilakukan spontan memandangkan ketika itu agak susah untuknya menemukan sampul duit.

Teruskan usaha dato

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan kata-kata semangat buat pengasas kosmetik berkenaan selain turut berharap agar dia terus melakukan kebaikan.

Dalam pada itu, warganet turut memuji bahawa tindakan tersebut kreatif dan hanya diketahui antara penerima dan pemberi sahaja.

Sebak tengok pakcik guard tu

Kreatif idea ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen