Budak lelaki berusia 7 tahun maut selepas dicampak 27 kali ketika latihan Judo

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang kanak-kanak lelaki muat selepas dicampak sebanyak 27 kali oleh jurulatih dan dua orang pelajar senior semasa latihan seni bela diri Judo. Insiden tersebut dipercayai berlaku pada April lalu di sebuah studio Judo di Taiwan.

Organ gagal berfungsi & pendarahan otak

Memetik laporan media antarabangsa AFP, kanak-kanak malang dikenali sebagai Huang, 7 tahun itu telah koma selama dua bulan dan telah disahkan meninggal dunia di Hospital Feng Yuan pada Rabu lalu selepas tidak mampu bertahan lagi.

Menurut laporan, selama koma 70 hari itu, Huang hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan dan disahkan mengalami pendarahan dalam otak selain mengalami masalah pernafasan setelah beberapa organ dalamnya gagal berfungsi dengan baik.

Susulan tiada perkembangan positif terhadap kesihatannya, ibu bapa Huang berpendapat bahawa anaknya sudah tiada dan mengambil keputusan memutuskan sokongan bantuan alat penafasannya.

Didakwa sengaja cederakan kanak-kanak

Sehubungan itu, jurulatih yang dikenali sebagai Ho itu telah didakwa pada Jun lalu atas kesalahan mencederakan kanak-kanak selain mempergunakan kanak-kanak bagi kegiatan jenayah.

“Dalam sebutan kes, jurulatih didapati telah mengarahkan dua orang pelajar senior belajar teknik menghempas badan lawan ke atas lantai dan mempergunakan tubuh badan Huang untuk mempelajari teknik tersebut.

“Semasa kejadian, Huang pernah mengadu mengalami sakit kepala yang amat teruk dan berkali-kali merayu supaya latihan tersebut dihentikan serta-merta.

“Akan tetapi, tertuduh, Ho masih berdegil dan mahu menghempas Huang ke atas lantai untuk beberapa kali sehingga kanak-kanak itu jatuh pengsan dan termuntah,” kata pihak pendakwa.

Pakcik gagal halang

Difahamkan, ketika kejadian pakcik kepada Huang turut berada di tempat kejadian namun dikatakan gagal menghalang jurulatih berkenaan daripada terus menghempas anak saudaranya ke atas lantai.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen