Tular video ruangan Hospital Klang sesak dipenuhi pesakit Covid-19 buat netizen gerun

Oleh: Zuzu Yasmine

Kes Covid-19 di Malaysia nampaknya saban hari semakin menakutkan, bukan sahaja ramai yang kehilangan insan tersayang namun beribu lagi yang masih berjuang melawan penyakit itu sama ada kritikal ataupun tidak.

Ruang hospital sesak

Sejak semalam tular sebuah video yang merakamkan keadaan sesak di satu ruang sebuah hospital dipercayai akibat kes Covid-19.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguan Twitter tersebut menyatakan bahawa keadaan itu berlaku di sebuah hospital di Klang yang dikatakan sedang berdepan dengan detik kritikal.

Katanya, keadaan tersebut berlaku disebabkan kes Covid-19 di negeri Selangor sahaja sudah mencatatkan purata tertinggi kes harian Covid-19.

Dalam pada itu, pihaknya juga memperingatkan orang ramai bahawa wabak Covid-19 ini sememangnya wujud. Malah, pihaknya turut berharap agar video tersebut disebarkan untuk memastikan orang ramai menjaga dan mematuhi SOP ditetapkan.

Masih ada yang tak percaya vaksin

Dalam perkongsian itu juga, pengguan Twitter berkenaan berkongsi beberapa tangkap layar dipercayai dari komen beberapa individu menolak vaksin yang membuatnya bengang.

Hospital lain pun sama

Sehubungan itu, rata-rata warganet meluahkan rasa takut akan keganasan wabak Covid-19 selain menyatakan bahawa hospital-hospital lain juga kini turut penuh akan kes tersebut.

Malah ada juga yang terkilan apabila masih ada pihak yang tidak mematuhi SOP walaupun keadaan sekarang sudah semakin kritikal.

Sedihnya tengok

HKL & Maeps pun sama

Masih ada yang berdegil

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen