"Fikirkan diri sendiri & kerap dedah screen time pada anak..." -Mia Ahamd akui jadi punca Issa lambat bercakap

Oleh: Zuzu Yasmine

Lebih memikirkan diri sendiri menjadi punca pelakon Mia Ahmad, mendedahkan ‘screen time’ kepada anak sulungnya Sayf Issa.

Akui kesilapan diri

Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi turut menyatakan bahawa kesilapan tersebut menjadi punca anaknya berusia 3 tahun itu mengalami masalah lambat bercakap sejak setahun lalu.

"Saya akui kesilapan. Ketika itu saya cuma fikirkan diri saya sahaja dan mula perkenalkan 'screen time' dengan kerap pada Issa,” katanya.

Pesanan buat ibu bapa

Menerusi Instagram pelakon berusia 33 tahun itu, dia memuat naik video memaparkan anaknya itu menyebut dan mengenal pasti satu persatu gambar yang ditunjukkan.

Dia yang sekaligus berpesan kepada ibu bapa di luar sana turut menyatakan bahawa penggunaan gajet yang kerap terhadap anaknya menjadi punca masalah dihadapi Issa.

"Kepada ibu bapa tolong kurangkan penggunaan gajet. Saya tahu ramai yang terkesan dengan pandemik ini dan mengambil jalan singkat untuk bagi anak-anak menggunakan gajet. Tolong pantau apa yang anak tengok dan berapa jam mereka menghadap skrin. Apabila berikan mereka masa dengan gajet pastikan anda ada dan menonton bersama.

"Saya bercakap melalui pengalaman yang mungkin ramai tak tahu. Kesan daripada saya dedahkan Issa 'screen time' seawal bayi menyebabkan dia mengalami masalah lambat bercakap, fokus mudah teralih dan mempunyai masalah kemahiran sosial," katanya.

Issa ada peningkatan

Berdasarkan video yang dimuat naik, Mia bersyukur apabila keadaan anaknya kini menunjukkan peningkatan yang baik selain berbangga dengan Issa.

"Itu dahulu iaitu setahun yang lalu. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, Issa menunjukkn progres yang sangat baik. Dia mula bercakap, berinteraksi dan mengatasi hampir semua masalah yang ada sebelum ini. Minta doakan kesembuhan sepenuhnya buat Issa ya.

"Bangga dengan dia, tidak ada apa yang mustahil. Jangan putus doa dan sangka baik selalu dengan Allah," katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen