Tentera pasang kawat duri di tangga pangsapuri, ramai luah kebimbangan

Oleh: Zuzu Yasmine

Umum tahu bahawa beberapa kawasan terpaksa dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan kes Covid-19 itu agak teruk.

Pasang kawat duri di tangga

Hari ini, tular pula beberapa gambar serta video yang memaparkan anggota tentera memasang kawat berduri di tangga perumahan awam kos rendah di mana membangkitkan kebimbangan berkenaan risiko keselamatan penduduk di kawasan itu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguan Twitter @CtMRomli, dia mempersoalkan tindakan memasang kawat duri di tangga yang dipasang oleh anggota tentera.

“Seriusla sampai pasang kawat duri kat tangga?  Habistu kalau ada emergency ka, nk beli barang keperluan macam mana? Bukan time pkpd kawad duri pasang kat keliling kawasan Perumahan jer ke? Kalau betul la ni memang kerja gila dan kerja orang takdak otak,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Macam mana nak buang sampah?

Sehubungan itu, perkara tersebut mendapat perhatian warganet yang rata-rata mempersoalkan perkara yang sama namun, ada juga yang menjelaskan tujuan pemasangan kawat duri itu.

Malah, ada juga yang bimbang akan nasib penduduk itu selain merasa takut akan pemasangan kawat duri itu.

Kalau terbakar macam mana?

Sediakan satu jalan

Takutnya

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen