"Keluarga saya tak susah macam tu..." -Buka cerita, YB Kuala Kangsar terima kritikan

Sebelum ini telah tular satu dakwaan yang memaklumkan bahawa sebuah keluarga tidak menerima sebarang bentuk bantuan sejak PKP 1.0 tahun lalu dan sebagai inisiatif lain, individu terbabit telah berkongsi hal tersebut menerusi temu bual di sebuah stesen radio.

Nafi kenyataan tak hulur bantuan

Susulan itu, Pejabat Ahli Parlimen Kuala Kangsar menafikan kenyataan tersebut menerusi satu sidang media dan memaklumkan bahawa kini bantuan masih dijalankan di kawasan berkenaan.

Tidak hanya dengan itu, Datuk Mastura Mohd Yazid yang mewakili Parlimen Kuala Kangsar telah memuat naik sebuah video di laman Twitter beliau bagi membuktikan segala dakwaan tersebut adalah tidak benar dan sebaliknya.

 

Video tersebut menyaksikan pengakuan seorang wanita berkenaan isu yang sedang tular ketika ini.

"Sebenarnya masa anak saya baring tu, dia bukan tidur, dia tengah PdPR..."

"Setakat ni saya dan keluarga tak ada lah susah macam tu, cuma lepas benda ni viral saya jadi tertekan, kesian kat anak-anak, diaorang pun malu..." 

 

'Sanggup rakam untuk bersihkan nama sendiri'

Bagaimanapun, muat naik hantaran tersebut telah mengundang pelbagai kritikan dan kecaman netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut yang menurut mereka ianya tidak wajar berlaku.

'Nak bantu, bantu jelah'

'Dia macam cuba sorok sesuatu'

'Radio tak bagitahu nama, kau yang viral!'

Sehubungan itu, diharapkan orang ramai agar sentiasa bertenang dan jaga tingkah laku meskipun secara maya, teruskan niat membantu mereka yang kurang berkemampuan di luar sana dan bagi yang memerlukan bantuan tampillah beritahu tanpa rasa segan supaya mereka tak terlepas pandang.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen