"Santai, aku yang terakhir..." - Kata-kata satu doa, gadis pasrah ditinggal 6 rakan selepas berkahwin

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila rakan-rakan sudah mula mendirikan rumah tangga, mereka akan mula tinggalkan kehidupan bujang serta rakan yang bujang. Hal ini tentunya akan membuat yang bujang terasa hati.

Bagaimanapun itulah kehidupan dan perkara ini yang akan dilalui oleh mereka yang bujang apabila melihat teman baik satu persatu mendirikan rumah tangga.

Kawan semua dah kahwin

Masih ternanti-nanti pasangan hidup, serorang pengguna TikTok dikenali sebagai @liayln ini memuat naik video yang menceritakan kisah dia bersama enam orang rakan baiknya.

Menurut gadis itu, dia dan rakan-rakannya telah berkawan selama 14 tahun dan kini semuanya telah berkahwin malah hanya tinggal dia seorang diri yang masih menunggu pasangan hidupnya.

“Santai, aku yang terakhir...”

Katanya, dia pernah ditanya siapa antara mereka yang bakal berkahwin dahulu, namun ketika itu dia pernah menjawab dia rela menjadi yang terakhir.

Bagaikan menjadi realiti, dia akui tidak sedih namun mengambil pengajaran bahawa setiap ucapan itu juga adalah satu doa.

InsyaAllah ini tahun terakhir

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet memahami isi hati gadis berkenaan selain turut meninggalkan kata-kata semangat dan doa buatnya untuk terus kuat.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama apabila menjadi orang terakhir yang masih belum mendirikan rumah tangga dalam kalangan rakan-rakannya.

Kata-kata satu doa

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen