"Tolonglah berubah..." -Siap ugut bunuh diri, rumah tangga Syuk kembali bermasalah?

Baru sekejap reda kontroversi yang melanda seorang selebriti dan bekas penyampai radio Syuk Sahar, kini kembali timbul semula isu tersebut apabila masalah kembali bertamu dalam hubungan rumah tangganya dan isteri yang berpunca daripada kemunculan orang ketiga.

Rumah tangga kembali diganggu

Situasi tersebut telah dikongsikan oleh isteri kepada Syuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih mesra disapa Sera menerusi laman Instagram miliknya yang memaparkan tangkapan skrin perbualan Syuk dan Farah yang sebelum ini pernah menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Sera dan Syuk.

 Ugut nak bunuh diri

Gambar tersebut menunjukkan Farah sepertinya marah kerana percubaan menghubungi pasangan itu gagal sehingga akhirnya dia nekad menulis mesej berunusur ugutan ingin membunuh diri.

 

 

'Tolong berubah'

Susulan perkara tersebut, Sera telah memuat naik satu kenyataan di Instagram sepertinya syarat yang perlu dituruti oleh Farah sekiranya dia ingin hidup bermadu kerana Sera nampaknya tidak menafikan pengakuannya yang mengizinkan suaminya untuk berkahwin lain.

 

"Kalau nak bermadu kena terima keluarga saya dan anak-anak saya, bukan hancurkan keluarga saya..." 

Bagaimanapun, muat naik hantaran tersebut telahpun dipadam dan diharapkan agar semua yang sedang melanda mereka ketika ini dapat diselesaikan dengan cara yang paling terbaik antara kedua-dua belah pihak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen