Lepas terima mesej ugutan, isteri Syuk dedah jumpa bungkusan tali hijau di laman rumah

Keterdesakan seseorang mampu mendorong mereka untuk melakukan apa sahaja demi mendapatkan sesuatu yang diingankan dengan cara yang pantas dan mudah.

Justeru itu, jangan terkejut sekiranya ilmu hitam masih digunakan dalam masyarakat moden masa kini seperti yang terjadi kepada selebriti ini dan pasangannya.

Terkejut terima bungkusan berikat tali

Isteri kepada Syuk Sahar iaitu Rossalenah Natassyiah Asshaferah atau lebih dikenali dengan nama Sera telah memuat naik satu hantaran video di laman Instagram yang memaparkan empat bungkusan kecil diikat dengan tali bewarna hijau.

Hantaran tersebut turut menjadi tanda tanya  dan dia turut berharap agar pelaku yang berbuat demikian segera bertaubat.

"Untuk si pembuat yang macam ni, saya tak tuduh siapa-siapa. Semoga cepat bertaubat. Jangan buat syirik nak hantar santau sampai rumah."

Susulan kejadian tersebut, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa kebimbangan dan berharap agar Serra sekeluarga sentiasa berhati-hati dan segera mendapatkan rawatan sebelum sesuatu yang tak diingini berlaku.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Syuk dan Seraa ada menerima mesej berunsur ugutan bunuh diri selepas wanita sebelum ini yang pernah menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka berang apabila panggilannya tak diangkat.

Disebabkan kejadian itu, netizen seperti curiga dengan kejadian yang sedang menimpa Serra sekeluarga ketika ini yang mungkin ada kaitan dengan wanita berkenaan.

Bagaimanapun, pelaku tersebut masih tak dikenali pasti identitinya dan amat besar harapannya moga Serra sekeluarga sentiasa dijauhkan daripada perkara-perkara seperti itu.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen