Hargai isteri, suami serah akaun Shopee suruh isteri 'shopping' sakan

Oleh: Zuzu Yasmine

Kata orang dalam kejayaan suami akan ada seorang wanita yang setia menyokongnya dari belakang, tentunya orang itu adalah seorang isteri. Bukan sahaja membantu menjaga rumah tangga namun isteri juga adalah penguat semangat buat suami.

Alangkah bahagia seorang isteri itu apabila segala yang dilakukan dihargai oleh suami sekaligus membantu mergurangkan tekanan yang dia rasai.

“Layan isteri kamu macam puteri...”

Setiap orang ada cara tersendiri untuk bahagiakan isteri mereka, akan tetapi lelaki dikenali sebagai @bobybobxx ini dilihat unik.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok memaparkan dirinya memberi izin kepada isterinya untuk membeli-belah secara ‘online’di Shopee dengan menggunakan akaun miliknya.

Bagai tak percaya, isterinya segera mengucapkan terima kasih kepada @bobybobxx kerana melayannya seperti itu.

“Nah baby bagi sayang, akaun Shopee baby. Belanjalah, lebih RM100 pun takpe. Sebab sayang banyak sangat tolong baby,” kata @bobybobxx sambil menghulurkan telefon bimbitnya.

Kena tambah topup la

Dalam video yang lain pula, lelaki berkenaan berkongsi apa yang dibeli oleh isterinya malah tidak menyangka bahawa satu pun makanan dan hanya lebih kepada pakaian serta beg tangan sahaja.

“Ingatkan dia beli makanan, apooo satu pom tarak. Hahaha makan kain jela...” ujarnya.

Katanya, dia terpaksa menambah sedikit wang kerana barang yang dibeli oleh isterinya lebih dari yang dia beri.

Mana nak dapat suami macam ni?

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet berhasrat mencari bakal suami seperti lelaki berkenaan yang tidak lokek selain menghargai isterinya.

 

Tak sampai hati nak beli banyak

 

Suami kesayangan ramai

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen