Beri KFC sekali tips RM100, 'rider' sebak harap kakak ini dimurahkan rezeki

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak dinafikan, bekerja sebagai ‘rider’ ini sememangnya penuh cabaran. Bukan sahaja perlu berdepan dengan pelbagai situasi di jalan raya namun kerenah pelanggan juga sangat memeningkan kepala. Namun, ada juga yang bermurah hati malah senang beurusan dengan mereka ini.

Kongsi rezeki bersama

Mendapat rekzei tak disangka-sangka, seorang pengguna platform TikTok dikenali sebagai @afqaryn memuat naik video berkongsi akan rasa bersyukurnya apabila bertemu pelanggan yang baik dan pemurah.

Dia yang bekerja sebagai rider ini berkongsi cerita ketika menghantar makanan ke sebuah rumah di Kota Damansara.

Katanya, ketika membuat penghantaran tersebut kakak di rumah itu bertanya adakah dirinya tinggal bersama keluarga ataupun sebaliknya.

Namun sebaik sahaja dia menjawab tinggal bersama rakan-rakan di rumah sewa, kakak berkenaan terus memberikan KFC yang dibeli itu kepadanya.

“Rumah duduk dengan family ke? Okay KFC ni untuk awak dengan kawan-kawan awak...” kata wanita berkenaan.

Dapat KFC & tips RM100

Tidak hanya mendapat makanan, @afqaryn juga menyatakan wanita berkenaan turut memberi tips serta sekeping nota yang agak banyak membuatnya begitu bersyukur ditemukan orang baik-baik sepanjang hari itu.

Malah dia juga sempat menitipkan doa agar kakak tersebut dimurahkan rezeki lebih lagi selian berharap mereka yang menonton video itu untuk turut mendoakan perkara yang sama.

Moga murah rezeki

Sehubungan itu, rata-rata warganet terasa sebak dan kagum selain turut mendoakan agar kedua-duanya dimurahkan rezeki.

Sebaknya

Rezeki awak...

Buat baik sesama manusia

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen