Akibat pentingkan diri, proses vaksin terhenti lepas kantoi individu positif Covid-19

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) di Serdang gempar selepas proses pemberian vaksin terpaksa dihentikan selama beberapa jam selepas pihaknya mendapati salah seorang individu yang hadir adalah positif Covid-19.

Proses vaksin terhenti 

Satu rakaman berdurasi 35 saat yang dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter bernama @ara_fafa menyaksikan suasana pusat vaksinasi di MIECC yang sedang disanitasi oleh anggota bomba sebelum kembali menyambung semula proses vaksin.

 

Individu disahkan positif Covid-19

Menurut sumber, individu berkenaan sedia maklum akan keputusan klinik yang mengesahkan bahawa dia adalah positif Covid-19 namun, lebih memilih untuk tidak memberitahu emaknya.

Selain itu, dia juga dengan beraninya menghantar emaknya untuk mengambil vaksin pada hari tersebut dengan masing-masing menaiki pengangkutan awam (GrabCar) untuk ke MIECC.

'Pentingkan diri sendiri'

Susulan kejadian, perkongsian video yang memperoleh lebih 22 ribu ulang kicau itu sekaligus membanjiri ruangan komen yang rata-ratanya berang dengan tindakan individu terbabit yang menurut mereka terlalu mementingkan diri sendiri.

 

 'Salah sendiri, bukan kerajaan'

'Kesian driver grab tu'

 

 

Bagaimanapun, memetik laporan Harian Metro, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) mengingatkan semua penerima vaksin berjadual untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan tidak hadir PPV sehinggalah keputusan ujian saringan Covid-19 disahkan negatif.

Pihak mereka juga menafikan ada kes wanita bergelang merah jambu yang membawa ibunya hadir di PPV MIECC.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen