Tular individu didakwa disuntik picagari kosong di Selangor, polis buka kertas siasatan

Satu rakaman telah tular di media sosial yang menyaksikan tindakan seorang petugas di pusat vaksin yang memberi suntikan kepada seorang lelaki dalam keadaan picagari tersebut kosong.

Petugas minta video dipadam

Hal itu mulai disedari oleh lelaki terbabit yang merupakan penerima vaksin pada hari tersebut selepas dia melihat semula rakaman di telefon bimbit sewaktu menjalani proses vaksinasi di Hospital Banting dan mendapati picagari tersebut kosong bahkan jarum suntikan juga tidak ditekan di tubuhnya.

Susulan insiden, lelaki terbabit segera bertemu petugas KKM bagi mendapatkan kepastian dengan menunjukkan video tersebut namun, apa yang terjadi adalah dia dimarahi petugas berkenaan sekaligus meminta rakaman tersebut dipadam.

Polis buka kertas siasatan

Bagaimanapun, laporan polis telahpun dibuat dan kertas siasatan juga telah dibuka bagi menyiasat aduan lelaki berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Ahmad Ridhwan  Mohd Nor mengesahkan menerima laporan tersebut pada jam 6.21 petang pada Selasa.

"Pihak polis telah membuka kertas siasatan inkuiri polis dan dalam proses menyiasat aduan tersebut."

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen