Mulanya ditertawa pakai serkup plastik, tanpa disangka uncle beri duit belanja pada petugas PPV

Oleh: Zuzu Yasmine

Pelbagai ragam boleh dilihat mereka yang hadir di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi mengambil suntikan vaksin Covid-19. Ada yang ketakutan tapi ada juga yang bawa bantal kesayangan sebagai teman.

Namun, berbeza pula dengan ‘Uncle’ ini saat datang ke PPV Universiti Sains Malaysia (USM) dengan menyarung plastik di kepalanya.

Datang dengan serkup plastik

Menerusi perkongsian USM di Facebook, warga emas berkenaan datang ke PPV bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 namun, gayanya yang peliknya telah menjadi perhatian dan ketawa orang ramai.

Uncle berkenaan tidak mengendahkan perkara tersebut sebaliknya hanya menunggu giliran bagi mendapatkan suntikan seperti yang dijadualkan.

Belanja makan

Bagaimanapun, tindakannya selepas selesai mendapatkan suntikan mengejutkan ramai apabila dia menyerahkan sejumlah wang tunai kepada salah seorang petugas di sana sebelum berlalu dengan teksi yang sama menghantarnya tadi.

“Frontliner telah berkerja dengan gigih, tolong belikan mereka makanan,” sambil memberi wang.

Difahamkan, dia telah dinasihati untuk membuang plastik tersebut dan menggantikannya dengan ‘face shield’ namun dia menolaknya.

Respect!

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat terharu akan tindakan uncle berkenaan selain berharap agar dia menukar plastik tersebut dengan face shield yang sesuai.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen