Terus 'sold out', lima individu 'sapu' semua makanan 'food bank' didakwa langgar SOP

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak bermulanya kempen angkat bendera putih ini, semakin banyak ‘food bank’ atau pusat bekalan makanan diwujudkan bagi meringankan beban golongan terjejas akibat Covid-19.

Boleh dikatakan semua pihak berganding bahu, baik dari Badan Bukan Kerajaan (NGO), atau persatuan penduduk bagi mengatasi masalah putus bekalan makanan yang dihadapi oleh segelintir keluarga.

Habis semua 'disapu'

Bagaimanapun, ada sahaja indivdiu mengambil kesempatan dengan menghabiskan bekalan makanan yang disediakan oleh pihak tertentu.

Seorang pengguna Facebook, Epul Adam Helmet Bajet memuat naik satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan beberapa indivdiu gigih mengambil makanan disediakan.

 

Berdasarkan video berdurasi satu minit 45 saat itu, dapat dilihat beberapa lima indivdiu dari sebuah kereta berwarna merah keluar sebelum bergilir-gilir mengambil makanan tersebut.

Menurut Epul, food bank tersebut bertujuan membantu mereka yang memerlukan selain berharap agar tidak bersikap tamak.

“Foodbank ni untuk orang yang memerlukan sahaja. Jangan lah tamak ingat orang lain pun memerlukan juga. Kalau macamni lah letak 1 kontena pun habis bang,” luahnya.

Langgar SOP ni

Sehubungan itu, rata-rata bengang serta mengecam tindakan individu-individu terbabit yang dikatakan tamak.

Malah, warganet turut mendakwa bahawa individu terbabit melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana kapasiti kenderaan yang dinaiki berlebihan.

Amboi satu keluarga

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen