Pelajar UiTM temui ajal, didakwa keletihan kerana ‘stress’ kejar ‘deadline’ assignment?

Oleh: Zuzu Yasmine

Hampir dua tahun Malaysia mengamalkan kelas atas talian baik dari peringkat sekolah ataupun di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Pandemik yang melanda ketika ini membuatkan medium tersebut digunakan sebagai satu bentuk inisiatif utama dalam pembelajaran.

Pelajar UiTM Cawangan Kedah temui ajal

Hari ini, tular kisah salah seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kedah yang telah meninggal dunia. Menerusi muat naik di media sosial, pihak UiTM telah memaklumkan perkara tersebut dan memberikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. 

 

Pelajar didakwa alami sakit kepala akibat stres?

Walau bagaimanapun, menerusi muat naik di laman Twitter netizen mendakwa kematian pelajar tersebut berkemungkinan disebabkan oleh kerana terlalu stres mengejar dateline assignment. 

Perkara ini telah tular di laman sosial dan ramai yang memberikan pendapat akan isu ini.

Salah satu punca akibat daripada stres

Di media sosial juga telah tular tersebarnya gambar screenshot menerusi perbualan beberapa pihak yang mendakwa allahyarham sebelum ini dilihat sihat dan tiada masalah kesihatan, namun berkemungkinan stres akibat tugasan yang padat. 

Namun begitu, punca kematian pelajar masih tidak pasti sama ada betul seperti dakwaan ataupun sebaliknya, kerana belum ada kenyataan daripada pihak universiti. 

Pelajar ramai tertekan kelas Online, tugasan penuh

Sehubungan itu, rata-rata warganet turut bersimpati atas kejadian yang menimpa pelajar berkenaan selain turut bersetuju bahawa mereka juga mengalami tekanan kerana mengejar deadline tugasan yang diterima.

Terpaksa belajar sendiri

Takziah diucapakan kepada allahyarham, semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen