Wang simpanan makin habis, Fendi Caliph Busker terpaksa jual set drum demi teruskan hidup

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai terjejas akan pandemik yang sudah hampir masuk dua tahun ini. Ramai yang mula hilang punca pendapatan, malah ada juga yang terpaksa bertukar bidang kerja disebabkan penularan wabak Covid-19.

Turut terkesan adalah mereka yang berada dalam industri seni, mana tidaknya segala aktiviti nyanyian dan lakonan terpaksa dihentikan disebabkan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak tahu bila akan berakhir.

Terpaksa jual set drum

Sehubungan itu, drummer kumpulan Caliph Busker, Fendi Abdullah juga antara salah seorang yang terjejas teruk sehingga dia terpaksa menjual set drum kesayangnya bagi meneruskan hidup.

Tak dapat bantuan Zakat atau JKM

Menerusi perkongsian di laman Facebook Fendi, pemuzik itu menyatakan bahawa dia tidak mendapat sebarang bantuan Zakat ataupun dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Malah dia telah berusaha untuk membuat pemohonan namun pejabat pula tidak dibuka sepanjang PKP ini.

Katanya, ketika ini dia menyewa bersama anak perempunanya yang juga mengalami masalah penglihatan dan autisme. 

Wang simpanan makin habis

Dia juga menyatakan bahawa wang dalam simpanannya semakin habis memandangkan perlu membayar sewa rumah yang mahal selain turut menampung hidup sepanjang tiada punca pendapatan ketika PKP. 

Dalam pada itu, dia turut berharap agar pihak tertentu dapat membantunya mendapatkan rumah mampu milik yang berhampiran dengan stesen pengangkutan awam.

Fendi juga berharap pihak berwajib dapat memandang golongan seperti mereka dan memberi bantuan bagi demi meneruskan hidup.

Untuk makluman, Fendi turut melakukan Live busking secara online di laman Facebook miliknya pada setiap Sabtu malam.

Moga dipermudahkan urusan

Sehubungan itu, rata-rata warganet berharap agar lebih ramai lagi golongan OKU bersuara selain turut mendoakan agar urusan Fendi dipermudahkan.

Harap lebih ramai OKU bersuara

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen