"Siap sedia semua..." -Terima banyak komen negatif, Fiza Halim buat laporan polis?

Selepas beberapa hari namanya panas dengan kontroversi membabitkan keretakan rumah tangganya dengan suami, Aizat Al-Jefri, Fiza Halim akhirnya tampil 'buka mulut' berhubung dakwaan ke atas dirinya yang dikatakan menjadi punca atas semua yang terjadi termasuklah cubaan memecah belahkan keluarga bekas suaminya.

Fiza buat laporan polis

Menerusi muat naik hantaran di terbaru di Instagram, Fiza Halim telah memuat naik sekeping gambar yang memaparkan keberadaan bekas pelakon kumpulan Elite itu di sebuah balai polis.

Hantaran tersebut turut disertakan dengan kapsyen yang memberitahu sebab kenapa dia lebih memilih untuk berdiam terhadap dakwaan orang ramai ke atas dirinya selepas bekas adik iparnya mendedahkan sesuatu di laman Twitter.

"Selama 4 hari ni saya berdiam diri tak nak ulas apa-apa sebab pihak polis mengarahkan saya supaya tidak membalas atau menjawab apa-apa pertanyaan..."

Susulan kejadian, tak dinafikan ramai yang mulai mengkritik pelakon dan penyanyi berkenaan sehingga Fiza menerima banyak DM berbaur cacian, hinaan yang boleh mengaibkan dirinya oleh individu di luar sana.

'Bersiap sedia semua'

Dalam pada itu, Fiza atau nama sebenarnya Siti Ziadatul Fiza Abdul Halim dalam kapsyennya turut meminta agar individu yang berbuat demikian bersiap sedia kerana laporan berhubung perkara tersebut telahpun dibuat.

"Hinaan dan makian selama 4 hari yang saya dapat dah pun sampai ke pihak SKMM, jadi bersiap sedialah ya..."

Sebelum ini media sosial gempar dengan kenyataan yang dimuat naik oleh bekas adik ipar Fiza di laman Twitter yang telah mendedahkan sesuatu tentang dirinya yang mana secara tak langsung ia telah mencemarkan aib pihak Fiza sendiri.

Meskipun dalam keadaan kacau bilau itu, Fiza masih tidak bersuara dan rupanya dia berbuat demikian selepas diarahkan oleh pihak polis yang kini sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen