Pelakon Benjy meninggal dunia akibat asma

Industri seni tanah air telah menerima satu khabar duka yang memaklumkan bahawa anak kepada pelakon alllahyarham Azean Irdawaty iaitu Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Ahad.

Meninggal dunia kerana asma

Menurut sumber, Benjy meninggal dunia di hospital Medan, Indonesia akibat penyakit asma yang dialami olehnya.

Sementara itu, berkenaan dengan urusan pengebumian pula, jenazah Benjy akan dikebumikan di Medan selepas diberi keizinan oleh keluarga Allahyarham.

"Kami sekeluarga telah mengizinkan pihak penjara di Medan mengebumikan jasad (Benjy) di sana. Urusan pengebumian akan dijalankan esok."

-Bapa-

Temui ajal ketika dalam tempoh tahanan

Untuk rekod, Benjy sebelum ini telah dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cuba menyeludup dadah jenis syabu pada sekitar tahun 2017.

Dia yang mempunyai masalah asma kemudian disahkan meninggalkan dunia semasa dalam tempoh tahanan dan akan dikebumikan juga di Medan, Indonesia selepas dilaporkan hal tersebut mendapat persetujuan ahli keluarga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen