"Dia dah mati, Alhamdulillah..." - Tuju komen sensitif, waris mangsa tampil buat laporan polis

Saat mendengar khabar kematian seseorang pasti akan terdetik di hati rasa sedih dan terkilan lebih-lebih lagi apabila ianya berlaku berpunca daripada virus Covid-19 meskipun mereka bukan terdiri dari ahli keluarga sendiri.

'Alhamdulillah, dia dah mati'

Namun, lain pula kisahnya yang dirasakan oleh bekas penyanyi kumpulan In-Team ini iaitu Suhaimi Saad apabila dia telah memuat naik kenyataan yang sensitif terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang disahkan telah meninggal dunia selepas terima suntikan Covid-19.

 

'Anak tampil bela arwah ayah'

Bagaimanapun muat naik kenyataan tersebut telahpun menjadi bualan di laman Twitter dan secara tak langsung telah sampai ke pengetahuan ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia berkenaan.

Pemilik akaun Twitter dengan menggunakan nama Molly telah tampil sekaligus akui bahawa individu yang menjadi bahan tawa Suhaimi Saad itu adalah arwah bapanya.

Dia yang terkilan dengan tindakan penyanyi berkenaan akhirnya membuat laporan polis dan tindakan susulan akan dikenakan ke atas pelaku yang memuat naik hantaran tersebut.

 

Difahamkan lagi, hantaran Suhaimi telahpun dipadam olehnya setelah akaun Facebook miliknya diserang netizen berhubung isu yang berbangkit sebelum meminta maaf kepada ahli keluarga.

Dia yang meminta agar kes tidak diperbesarkan kemudian memuat naik hantaran terbaharu yang memaklumkan bahawa telah selesai menyekat seramai 50 orang pengikutnya di laman Facebook dengan diawali lafaz syukur selepas berbuat berbuat demikian.

 

'Report je, tak beradab betul'

Meskipun telah dipadam, rata-rata netizen tetap meluahkan rasa bengang terhadap tindakan penyanyi berkenaan dan merasakan amat wajar sekiranya dia dikenakan tindakan terhadap kelakuannya berbuat demikian.

 

 

 

'Ayat dia melampau'

'Kalau minta maaf sampai bila dia ulang'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen