"Ni hantar dekat mak mentua hang..." - Ibu 'sporting' bantu anak pikat hati anak dara jiran sebelah

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata kalau nak seseorang itu kenalah lakukan pelbagai usaha untuk menambat hatinya. Mana tahu lama kelamaan hati dia terbuka untuk menerima.

Suruh anak hantar laksa

Seperti gelagat seorang pemuda ini apabila teruja saat ingin menghantar laksa pada jiran sebelahnya memandangkan berkenan akan anak gadis jiran tersebut.

Gelagat pemuda itu dikongsikan oleh ibunya menerusi platform TikTok yang memaparkan anaknya begitu bersungguh-sungguh menghantar laksa kepada jiran sebelah.

Siap cari kopiah nak pakai

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @CheTa, dia menyatakan bahawa anaknya itu ingin mengambil hati bakal ibu mentuanya.

Malah sebelum menghantar laksa, anak lelakinya itu mencari kopiah untuk dipakai agar sedap mata memandang bakal ibu mentuanya. Bagaimanapun, @CheTa menyarakan agar anaknya menjadi diri sendiri sahaja.

Laksa special katanya

Dalam video yang lain pula, memaparkan pemuda duduk di motorsikal sambil menunggu jiran sebelahnya. Malah selepas selesai beri laksa, pemuda tersebut dilihat berlari malu masuk ke dalam rumah.

Win mak dia ni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji akan tindakan @CheTa sebagai ibu yang ‘sporting’ selain terhibur akan gelagat anak beranak itu.

Malah, warganet turut mendoakan agar usaha pemuda tersebut membuahkan hasil.

Tak berebut balik raya ni

Harap tak kantoi!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen