"Sukar untuk percaya, dia seorang penyayang..." -Wanita nafi dakwaan Bella degil & agresif

Platform media sosial kini terus dibanjiri dengan isu yang membabitkan kes penderaan seorang kanak-kanak perempuan kelainan upaya (Sindrom Down) di sebuah pusat asuhan kanak-kanak.

Tindakan kejam pemilik rumah pengasuh terbabit nyata memberi kesan yang dalam buat hampir seluruh rakyat Malaysia terhadap anak istimewa itu membuatkan rata-rata netizen mengecam hebat individu terbabit sekaligus mengharapkan pembelaan buat kanak-kanak berkenaan yang bernama Bella.

Selepas mengetahui kronologi sebenar tentang kejadian yang menimpa Bella, kini seorang pengguna Facebook dengan menggunakan nama Mohd Fadli Salleh pula tampil mendedahkan cerita disebalik desas-desus yang mengatakan Bella seorang yang agresif dan sukar dikawal ketika berada di pusat asuhan itu.

Nafi dakwaan Bella agresif

Cerita itu dikongsikan olehnya selepas selesai menghubungi individu yang bergelar 'Mummy' yang mana menurut sumber dia adalah seorang sukarelawan yang pernah berkhidmat di Rumah Bonda dan menjaga Bella sebelum ini.

 

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila Mummy memberitahu bahawa Bella seorang yang penyayang dan pandai menjaga bayi di rumah jagaan berkenaan.

'Indah khabar dari rupa'

Tidak hanya dengan itu, Bella juga dimaklumkan pernah diberi makan cili tanpa memberinya seteguk air sedangkan dia sedia maklum bahawa Bella seorang yang kuat minum air sehinggakan dia miliki botol air sendiri. Tumpah air mata mengenangkan nasib budak tak berdosa itu mendepani situasi sukar di sana.

Sukar terima kenyataan Bella agresif

Susulan pendedahan tersebut, amat sukar untuk orang yang lebih rapat dan mengenalinya untuk percaya dengan kata-kata pelaku yang sanggup memfitnah budak istimewa itu sekaligus memutar belitkan fakta demi menutup kesalahan sendiri.

 

Dalam perkongsiannya, Fadli amat berharap agar orang ramai terus mendoakan Bella agar kes tersebut dapat diselesaikan dengan segera sekaligus agar pendera berkenaan ditangkap dan menerima hukuman setimpal di atas perbuatannya berbuat demikian.

Pengasas buka cerita Bella agresif dan degil

Media sebelum ini melaporkan tentang Bella menerusi temu bual bersama pengasas Rumah Bonda.

Jelas pihaknya, Bella dikatakan seorang yang suka kacau orang lain dan degil sementara kesan ditangannya pula adalah disebabkan tumpahan air panas.

Bagaimanapun, kebenaran mula terbongkar apabila Mummy bertanya sendiri kepada Bella kejadian sebenar yang terjadi dan didapati dia telah diikat dan didera.

Kini, rumah asuhan telahpun disita selepas arahan dari mahkamah dikeluarkan sekaligus pihak mereka hilang hak jagaan kanak-kanak.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen