Alami gejala Covid-19, Ustaz Abdul Somad enggan jalani saringan

Sudah menjadi kewajipan buat kita semua untuk melakukan ujian saringan (swab test) terutamanya yang mempunyai gejala Covid-19 bagi mengelakkan berlakunya penularan seterusnya mewujudkan kluster baru.

Namun, lain pula kisahnya dengan yang dialami oleh seorang pendakwah tersohor Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) apabila dia menolak daripada melakukan ujian saringan meskipun akui pernAh alami gejala Covid-19.

Hilang deria bau dan sakit badan

Menurut sumber, UAS akui perkara tersebut ketika ditanya sma ada pernah alami gejala tersebut atau tidak dan dia akui sendiri pernah kehilangan deria bau, sakita badan dan kepala selepas pulang dari luar bandar baru-baru ini.

"Saya tidak boleh bau durian, tulang-tulang dalam badan seperti mahu patah dan kepala saya seperti dihempap batu." 

-UAS-

'Setiap yang hidup pasti mati'

Jelasnya, dia enggan ke hospital kerana sakit Covid-19 bukan satu hukuman membuatkan dia memilih untuk menjalani hidup secara apa adanya.

"Namun, saya tidak pernah pergi ke hospital untuk menjalani ujian saringan kerana bagi saya, sakit Covid-19 bukan satu hukuman. Setiap yang hidup pasti akan mati, jadi saya jalani hidup apa adanya."

-UAS-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen