Gaduh gara-gara terlanggar kereta, aksi 2 wanita turut 'bantai' lelaki di tepi jalan buat ramai gerun

Oleh: Bella Bahrin

Sebuah video viral di media sosial melibatkan insiden pergaduhan antara dua individu yang dipercayai berlaku di Pasir Tumboh, Kelantan.

Menurut laporan, kejadian dipercayai tercetus antara pemandu kereta jenis Perodua Myvi dengan pemandu serta penumpang Perodua Alza yang nyaris terlibat dalam kemalangan.

Gaduh di tepi jalan

Di media sosial seorang pengguna laman Twitter, telah berkongsi rakaman video yang memaparkan pemandu Perodua Myvi bertindak menendang bahagian depan Perodua Alza.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Pantai Timur, telah mendapat perhatian pengguna laman sosial yang rata-ratanya memberikan pelbagai respons terhadap kejadian ini.

 

Power akak berdua tu!

Walau bagaimanapun, aksi dua wanita yang turut terlibat dalam pergaduhan itu telah menarik perhatian ramai. 

Ada yang tidak menyangka wanita tersebut mempunyai kekuatan untuk menendang lelaki terbabit. 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen