" Insya-Allah nanti kita jumpa dan bersama semula disana yer bapak." -Ustaz Ebit Lew

Oleh: Bella Bahrin

Semalam pendakwah negara, Ustaz Ebit Lew telah kehilangan ayah tercinta selepas bertarung nyawa di hospital sebelum ini akibat masalah kesihatan. 

Menerusi muat naik di laman sosial, pendakwah itu telah mengumumkan berita itu kepada umum dan memaklumkan jenazah allahyarham ayahnya akan disemadikan di Muadzam Shah, Pahang.

Bapak pergi dulu, nanti Ebit sampai ya! 

Luahan hati pendakwah yang disayangi ramai itu, nyata telah mendapat perhatian ramai dan menitipkan kata semangat buat Ustaz Ebit Lew. 

Ebit rindu bapak...

Petang semalam, jenazah allahyarham bapa Ustaz Ebit Lew telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Muadzam Shah, Pahang. 

Menerusi status di laman sosial, Ustaz Ebit Lew menitipkan kata-kata memohon semoga ayahnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan berkongsi nasihat ayahnya kepada dirinya untuk terus membantu umat Islam. 

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Ustaz Ebit Lew, semoga allahyarham dicucuri rahmat Ilahi. 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen