Jalan kaki sejauh 35km demi vaksin, netizen sebak "Maafkan kami pakcik, rasa berdosa biarkan pakcik begini..."

Oleh: Bella Bahrin

Pada saat ada segelintir yang menolak pengambilan vaksin dan memilih-milih vaksin, seorang warga emas yang cacat penglihatan dilaporkan sanggup berjalan sejauh 35 kilometer kerana hendak mendapatkan vaksin COVID-19.

Kisah tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya berasa tersentuh dengan usaha warga emas ini untuk mendapatkan perlindungan walaupun mempunyai masalah kesihatan. 

 

Gigihnya pakcik! Maafkan kami abaikan pakcik! 

Menerusi media sosial, netizen mula memberi pelbagai respons tentang kisah ini yang berasa sebak melihatkan kegigihan pakcik ini.

 

Menerusi laporan Berita Harian, Shaikh Ramly Sheikh Ahmad yang berusia 78 tahun telah berjalan seorang diri dengan bertongkat dan beg dari Kampung Kertau, ke Klinik Kesihatan Kuala Wau.

 

"Saya keluar rumah seawal jam 6 pagi kerana perlu berjalan untuk ke klinik berkenaan yang terletak agak jauh dari rumah."

Jauhnya pakcik jalan, macam dari Semenyih ke KLCC!

Perkongsian kisah ini telah menarik perhatian netizen di laman sosial, dan menzahirkan rasa kesal, sebak dan simpati kerana perkara ini boleh terjadi. Bagaimana seorang warga emas dibiarkan berjalan sejauh itu... 

Kita yang berjalan pun dah penat, apatah lagi pakcik ni

Mesti penat pakcik berjalan.... 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen