"Kalau tak niaga, nak makan apa..." - Mek 87 tahun niaga di kaki jalan, buat ramai sebak

Oleh: Bella Bahrin

Pada zaman pandemik ini, sememangnya ramai yang terkesan dari segi ekonomi lebih-lebih lagi bagi golongan M40 dan peniaga kecil. 

Baru-baru ini, telah tular video daripada pengguna TikTok yang dikenali sebagai Hanif Asyraf tentang seorang warga emas yang berniaga di kaki jalan di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu Kelantan. 

Tak berniaga nak makan apa...

Warga emas yang berusia 87 tahun ini mengadu sudah lama tidak menjamah nasi kerana tiada duit untuk membeli beras dan hanya makan biskut kering sahaja.

Luahan nenek ini membuatkan Hanif Asyraf berasa sebak dan dengan segera keluar membeli keperluan untuk nenek ini. 

Tinggal sendirian, dan berniaga kecilan

Menurut nenek ini, dia tinggal sendirian di Selising dan datang berniaga di Kota Bharu dengan menaiki teksi. 

Namun apabila ditanya tentang anak, nenek ini hanya menjelaskan dia tidak dikurniakan anak. 

Tidak mintak lebih, hanya perlu beras dan ingin makan nasi

Walau bagaimanapun apabila ditanya apa yang diinginkan, nenek ini hanya menjawab dia inginkan sedikit beras dan ingin menjamah nasi goreng dan ayam goreng kerana sudah lama tidak makan nasi. 

Pemuda yang dikenali sebagai Asyraf ini telah ke kedai berhampiran untuk membeli bekalan dapur dan nasi buat warga emas ini. 

Allahu, terketar-ketar tangan mek! 

Perkongsian daripada pengguna TikTok ini nyata telah meruntun hati ramai pengguna media sosial yang bersimpati dengan kisah ini yang rata-ratanya mendoakan semoga nenek ini tetap tabah menjalani kehidupan. 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen