Demi anak, ibu angkat sepanduk tepi jalan jual 'mask' & tisu buat ramai sebak!

Oleh: Bella Bahrin

Dalam keadaan pandemik ketika ini, ditambah pula dengan fasa PKP penutupan beberapa sektor ekonomi telah menyebabkan ada rakyat yang kehilangan punca pendapatan. 

Baru-baru ini telah tular sebuah video seorang ibu yang menjual tisu dan penutup muka di persimpangan lampu isyarat.

Struggle cari rezeki demi anak

Video yang dimuat naik di Instagram, Dura Ramli itu telah meruntun hati ramai apabila ibu tersebut turut membawa anaknya bersama yang diletakkan di dalam kereta sorong bayi. 

Angkat sepanduk beritahu jual tisu & face mask!

Wanita itu dilihat turut mengangkat sepanduk di bahu jalan memberitahu kepada pengguna jalan raya bahawa dia ada menjual facemask dan tisu. Di samping wanita itu juga kelihatan seorang bayi sedang duduk di kereta sorong bayi. 

"Tadi keluar pergi beli groceries, nampak kakak ni dan anaknya jual mask kat T- Junction traffic light jalan U-Thant. Sebak rasa. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ข Seeing something like this, hope will be my last๐Ÿ˜ž Ada yang lebih struggle cari rezeki dari kita."

Saya jual facemask dan tisu

Allah, sebaknya! Moga Allah mudahkan urusan akak. Tetap kuat ya kak!

Perkongsian tersebut juga telah tular di laman Twitter. Rata-ratanya ramai yang menzahirkan rasa simpati dan sebak melihatkan situasi yang berlaku ini. 

Malah, ramai yang mendoakan semoga wanita ini dan anaknya tetap kuat mengharungi kehidupan. 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen