"Hari ni hari terakhir saya..." -Issey umum undur diri dari Suria FM lepas 3 tahun jadi DJ

Selepas 3 tahun menjadi penyampai radio di Suria FM, Issey Fazlisham mengumumkan satu berita yang mengejutkan kepada hampir semua peminat dan rakan setugas apabila dia ingin menamatkan kontrak kerjanya bersama saluran radio tersebut.

Umum undur diri sebagai penyampai radio

Pengumuman itu dibuat olehnya di konti Suria FM dihadapan dua rakan sejawatnya di slot Pagi Suria iaitu Ajak dan juga Fizi Ali yang mana video penuhnya telah dimuat naik di laman Instagram.

 

Jujur dia akui, berat hati ingin meninggalkan Suria tetapi keputusan tersebut dibuat kerana dia ada perancangannya sendiri selepas ini dan bagi yang tertanya-tanya rancangan tersebut, Issey memaklumkan akan memberitahu kepada umum dalam masa terdekat.

"Ini adalah hari terakhir saya di Suria dan ini adalah pilihan saya sendiri..."

Rakan setugas gagal tahan sebak

Selain itu, dalam perkongsian video berdurasi 3 minit itu turut didengari suara sebak Fizi Ali yang merupakan rakan setugas yang paling rapat dengannya. 

"Aku tak pernah nangis depan kau Seyy, aku dah anggap kau macam abang aku sendiri..."

"Selama ni kita kerja sama-sama, kalau aku susah kau tolong aku..."

-Fizi Ali-

'All the best Issey'

Meninjau pula ke ruangan komen, rata-ratanya tidak menyangka Issey akan buat keputusan tersebut namun dalam masa yang sama mereka turut mendoakan agar selebriti kegemaran mereka dipermudahkan segala urusannya di luar sana.

'Air mata aku berjurai'

'Tak best tak ada Issey'

'Terima kasih Issey'

'Moga urusan dipermudahkan'

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen