"Saya jaga mak sampai mak tidur." - Tidur sebelah jasad ibu, budak lelaki tak sangka ibu 'tidur' selamanya

Oleh: Zuzu Yasmine

Anak yang masih kecil tentunya belum kenal lagi akan kepayahan hidup, boleh dikatakan ketika ini mereka masih perlukan kasih sayang dan pelukan dari seorang ibu.

Namun sebaliknya pula berlaku pada kanak-kanak ini apabila menjadi menjadi peneman ibu yang ‘tidur’ selamanya tanpa dia sedari.

Teman ibu ‘tidur’ selamanya

Menerusi perkongsian daripada pengguna Facebook dikenali sebagai Muhammad Rafieudin Zainal Rasid, dia menceritakan akan detik seorang kanak-kanak lelaki menemani ibunya yang ‘tidur’ selamanya.

Awalnya, dia menerima panggilan dari seorang gadis yang meminta bantuan agar menguruskan jenazah ibunya yang meninggal dunia di rumah.

Menurut Ustaz Rafieudin, wanita berkenaan meninggal dunia akibat penyakit kanser pada usia 42 tahun dan tinggal bersama tiga orang anak yang berusia 20, 16 dan 8 tahun.

Sempat urut dada ibu

Bagaimanapun, keadaan menjadi sebak apabila anak bongsu wanita berkenaan menceritakan saat dia menjaga ibunya pada malam itu.

Katanya, ibunya sempat menjerit kesakitan dan muntah darah sebelum ibunya memejamkan mata. Disangka ibunya hanya tidur biasa, dia juga turut tidur di sisi ibunya.

Cium ibu buat kali terakhir

Difahamkan, urusan jenazah dilakukan di rumahnya yang turut dibantu oleh dua jiran mereka yang sering membantu keluarga tersebut. Malah, turut menghulurkan bantu adalah bekas suami Allahyarhamah Roziah.

Selesai menyempurnakan jasad, anak-anak diberi peluang menatap wajah dan mencium ibunya buat kali terakhir. Manakala si kecil itu menangisi pemergian ibunya.

Bekas suami tak mampu tanggung kos

Dalam pada itu, bekas suaminya mengaku tidak mampu menampung kos untuk khidmat pengurusan tersebut disebabkan dia baru kematian dua orang ahli keluarga yang lain. Bagaimanapun, pihaknya bersyukur apabila SPJM bersetuju untuk menanggung segala kos pengurusan jenazah tersebut.

Diharapkan, kanak-kanak tersebut terus kuat akan ujian yang terpaksa dilaluinya semasa usia yang masih muda dan semoga roh ibunya ditempatkan bersama orang-orang beriman.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen