"Biar terkenal dengan bakat bukan kebodohan..." -Nabila Huda titip nasihat buat Caprice

Susulan timbul kontroversi yang sedang melanda Caprice ketika ini, Nabila Huda berkesempatan memuat naik satu hantaran di Twitter menitipkan ucapan berunsur nasihat buat penyanyi rap berkenaan.

Nasihat Nabila Huda buat Caprice

Dalam kenyataannya, meminta agar nama Caprice dikenali sebagai seorang yang berbakat selain bijaksana serta kebaikan yang dilakukan, bukannya mencipta kontroversi seperti yang sedang melanda dirinya ketika ini.

Dalam pada itu,  Nabila Huda sepertinya meluahkan rasa kesal terhadap tindakan Caprice yang secara tak langsung sebenarnya telah menghancurkan masa depannya dengan berbuat demikian.

"Apa kau buat ni dik, hancur hidup..." 

Tak dinafikan ramai yang menghentam perbuatan penyanyi rap berkenaan namun, tak kurang juga yang masih dibelakangnya membela setiap keputusan Caprice.

'Kita kena yakin dengan kerja Allah'

Susulan hantaran itu, ruangan komen terus dibanjiri dengan pelbagai pendapat masing-masing. Ada yang mendoakan agar semuanya kembali reda namun tak kurang juga yang mengkritik.

'Bila dah rasa diri betul'

'Fikirlah baik-baik'

Bagaimanpun, rata-ratanya tetap menyimpan hasrat yang sama agar keadaan tersebut dapat dipulihkan sekaligus mengakhiri persengketaan antara pihak yang terlibat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen