Mohon maaf dan padam poster 'live', netizen tanya 'live' 21hb ni tak jadi ke Caprice?

Pertelingkahan yang berlaku membabitkan penyanyai rap Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli akhirnya bertemu noktah apabila dia menerusi muat naik hantaran terbaharu mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail, DS Hishamuddin Hussien serta pendakwah, Ebit Lew.

Akui terlalu emosi 

Dalam kenyataannya, Caprice akui kesilapan yang dibuat yang mana menurutnya terlalu beremosi dalam memperjuangkan ummah antara Palestin dengan Malaysia sehingga menimbulkan banyak spekulasi negatif membabitkan banyak pihak termasuk rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada DS Hishamuddin Hussien atas segala khidmat dalam memudahkan urusannya sepanjang di Mesir.

 

'Moga dipermudahkan'

Perkongsian tersebut kini dipenuhi ribuan komen yang rata-ratanya bangga dengan kenyataan tersebut kerana menurut mereka tindakaan yang dibuat Caprice adalah yang sewajarnya supaya tidak berlaku sesuatu yang lebih buruk namun, tak dinafikan ada juga yang mengkritik tindakannya selepas melihat satu demu satu aib yang yang cuba didedakan sebelum ini.

 

'Berbaik lebih elok'

'Belajar dari kesilapan'

 '21 Julai jadi ke tak?'

Bagaimanapun, secara tak langsung rata-rata netizen ada yang mula mempersoalkan sesi 'live' yang akan dibuat olehnya pada 21 Julai ini samada akan diteruskan atau sebaliknya memandangkan posting tersebut juga telah dipadam.

 

 

Terdahulu, Caprice ada memuat naik satu poster di laman Instagram memaparkan tarikh keramat untuknya mendedahkan kejadian sebenar yang berlaku sepanjang keberadaan Ustaz Ebit Lew ke Gaza bagi menjalankan misi bantuan kemanusiaan di sana.

Selain itu, dia juga memaklumkan bahawa perkara itu secara tak langsung menjadi punca perjalanannya terhalang ketika memasuki Gaza untuk menyantuni penduduk di sana sekaligus bagi memperjuangkan ummah antara Palestin dan Malaysia dengan membawa slogan #rapatkansaf.

Bagaimanapun, poster tersebut telahpun dipadam oleh Caprice membuatkan ramai tertanya-tanya akan perkara tersebut, namun tuan empunya akaun tidak mengulas lanjut tentangnya.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen