Pengantin luah rasa syukur, sempat tunai hasrat mak lihat anak bongsu naik pelamin

Mengimpikan hidup berumah tangga adalah impian pasangan di luar sana namun, dalam masa yang sama pernahkah terlintas di fikiran kita samaada sempat atau tidak untuk berkongsi moment bahagia itu bersama mak ataupun ayah.

Hasrat emak lihat anak bongsu naik pelamin

Selain kita, mereka juga ingin melihat anak-anaknya naik pelamin bersama insan yang dipilih untuk menjaga hingga hujung nyawa. Itulah juga yang ingin dirasakan oleh emak kepada pengantin ini.

Menerusi perkongsian video oleh dausz_comunisz93 memaparkan moment hiba menyelebungi majlis perkahwinannya apabila kelihatan mak kepada pengantin perempuan semakin uzur dan lemah.

Namun, masih tabah mengumpul kudrat yang tersisa untuk bersama-sama menyaksikan anak bongsunya naik pelamin dan itu merupakan antara hasratnya sebelum dia 'menutup mata'.

 

Sejujurnya ia amat meruntun hati penonton dan secara tak langsung mulai terbayang sekiranya kita berada di situasi yang sama seperti yang dilalui Dausz dan isterinya pada ketika itu.

Bagaimanapun, semuanya masih dapat diteruskan dan dia meluahkan rasa syukur memenuhi hasrat mak mentuanya untuk melihat anaknya berkahwin.

'Aku tak kuat dalam situasi ni'

'Harap umi sempat tengok aku kahwin'

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen