Masih bersarung PPE malam raya, netizen sebak lihat 'frontliner' alun takbir di kubur

Tak dinafikan sambutan perayaan Aidiladha kali ini disambut dengan penuh kesayuan dan hiba apabila tiada ahli keluarga serta sanak saudara bersama di pagi raya seperti tahun-tahun sebelum ini.

Namun, perlu diingat bahawa bukan kita sahaja yang perlu berkorban bahkan hampir semua orang merasakan hal yang sama termasuklah para petugas barisan hadapan yang sehingga kini masih tabah berjuang dalam mendepani situasi pandemik Covid-19.

Laungan takbir sebelum jenazah tiba

Seorang pengguna Tiktok yang juga merupakan antara petugas barisan hadapan bernama Zack ada memuat naik satu hantaran di Tiktok yang menyaksikan suasana di tanah perkuburan pada malam raya.

 

Video yang dirakam olehnya memaparkan para petugas bersama-sama melaungkan suara takbir di kubur sementara menunggu jenazah Covid-19 tiba untuk dikebumikan.

'Sebaknya ya Allah'

Jujur ia sangat meruntun hati dan apabila meninjau ke ruangan komen, selain dipenuhi dengan ucapan raya, rata-ratanya turut meluahkan rasa sebak disamping berharap agar mereka sentiasa dilindungi serta dipermudahkan segala urusan.

'Walau letih tetap kuat'

'Salam Aidiladha frontliner'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen