Tular warga asing solat Aidiladha tepi jalan, polis kini giat kenalpasti jemaah yang hadir

Berikutan tular rakaman video memaparkan limpahan jemaah surau yang menghadiri solat sunat Aidiladha di Pulau Pinang, polis kini giat mengenalpasti jemaah terbabit yang majoritinya adalah terdiri daripada warga asing.

Polis giat kenalpasti jemaah warga asing

Ketua Polis Pulau Pinang dalam kenyataannya menjelaskan bahawa situasi yang berlaku di Surau Taman Pelangi pagi tadi adalah di luar jangkaan pihak pengurusan surau memandangkan mereka sudahpun ambil maklum akan jumlah yang ditetapkan untuk berjemaah dalam satu masa.

"Situasi tersebut berlaku secara spontan namun, itu bukan bermakna kita tidak menyiasat sebaliknya siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti jemaah yang hadir sekiranya mereka melanggar SOP."

"Mereka tahu bahagian dalam dah penuh jadi, mereka solat pula di luar namun, masih mematuhi SOP dengan menjaga penjarakan sesama mereka."

Tak berkompromi dengan SOP

Seterusnya, Ketua Polis juga memaklumkan bahawa pengurusan surau tidak melaporkan situasi tersebut kepada pihak polis demi menjaga sensitiviti masing-masing untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan kepada pihak pengurusan masjid atau surau agar segera memaklumkan kepada polis sekiranya didapati sebarang majlis yang dianjurkan terdapat pihak yang melanggar SOP.

"Saya faham akan kariah masjid atau surau untuk jaga sensitiviti orang nak buat amal ibadah..."

"Tetapi dalam kita menangani wabak Covid-19 ini, kita tak boleh berkompromi dengan SOP." 

Video tular di media sosial

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen