"Saya tak kacau orang bang..." - Lelaki tak puas hati dikompaun kerana tak pakai 'mask' di tempat awam

Oleh: Zuzu Yasmine

Sudah hampir dua tahun Covid-19 melanda tentunya ramai tahu bahawa pelbagai Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak tersebut.

Bagaimanapun, sikap sesetengah individu yang tidak mahu mematuhi SOP boleh dikatakan sebagai punca peningkatan kes jangkitan Covid-19 ini.

“Asal kau nak rakam?”

Baru-baru ini, tular di media sosial akan sebuah video berdurasi 15 minit 42 saat yang memaparkan seorang lelaki tidak memakai pelitup muka dikenakan kompaun.

Lelaki tersebut dipercayai tidak berpuas hati dan dikatakan cuba untuk memprovoksi pihak berkuasa yang bertugas ketika itu.

“Saya tak kacau, tak dekat dengan orang...”

Malah, lelaki berkenaan berkali-kali cuba mempertahankan dirinya dan mendakwa pihaknya tidak melakukan kesalahan sebaliknya pihak berkuasa yang tiada budi bicara.

Bahkan, pihaknya juga mendakwa tiada orang disekelilingnya menjadi punca dia tidak mahu memakai pelitup muka dan hanya memakai sekiranya masuk ke dalam premis tersebut.

Malah lelaki berkenaan turut mengaku tidak mahu mengambil vaksin disebabkan atas kajian yang dilakukan olehnya sendiri.

Tidak hanya itu sahaja, pemuda berkenaan juga dilihat 'mencarut' dan 'memaki' pihak berkuasa di dalam video tersebut.

Dah buat salah tak nak mengaku

Sehubungan itu, rata-rata warganet berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan di atas kesalahan tidak mematuhi SOP dan memaki pihak polis.

Malah, warganet juga berpendapat bahawa lelaki berkenaan sememangnya patut menanggung akibat berikutan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Tempat awam, tanggung la

 

PDRM tolong kutip

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen