"Padahal tiap hari shooting..." -Pemandu peribadi dedah tahu banyak rahsia Nia Ramadani

Sebelum ini, dunia hiburan Indonesia telah dikejutkan dengaan berita penahanan aktres Nia Ramadani dan suaminya, Ardi Bakrie kerana didapati terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Bagaimanpun, timbul pula isu lain apabila pemandu peribadi Nia iaitu Ivan mendedahkan bahawa majikannya tidak boleh membayar gaji atas perkhidmatannya namun, boleh keluar duit untuk tutup mulut sekiranya dia ingin ke kelab malam selepas selesai penggambaran.

Pemandu peribadi dedah kegiatan Nia

Menurut sumber, pengakuan Ivan dirakam ketika berlangsungnya sesi temu bual siaran Nyonya Boss yang mana pada ketika itu segalanya terbongkar mengenai Nia Ramadani selama Ivan bekerja dengannya.

Jelas Ivan, dia sudah lama berkhidmat dengan Nia Ramadani iaitu sejak pelakon terbabit berusia 13 tahun lagi. Jadi, dia tahu semua aktiviti Nia termasuklah yang berkaitan dengan hal peribadi.

"Nia adalah seorang yang menenangkan dan tak pernah melakukan sesuatu yang pelik..."

"Lepas penggambaran dia terus balik, tapi Nia jadi berubah lepas umur dia 17 tahun..." 

-Ivan-

Tak mampu bayar gaji 

Selain itu, apa yang lebih mengejutkan media ketika sesi temu bual itu apabila Ivan mendedahkan bahawa Nia tidak mampu untuk membayar gajinya.

Namun, apabila ditanya pula kepada Nia untuk memperjelaskan kenyataan tersebut, Nia kembali bertanya kepada Ivan ke mana duitnya pergi sehingga tak mampu untuk membayar gaji pemandu peribadinya dengan nada yang berseloroh.

Dalam pada itu, Ivan juga kelihatan bingung kerana Nia setiap hari keluar untuk menjalani sesi penggambaran dan agak mustahil sekiranya dia tidak wang mencukupi untuk bayar Ivan.

Bagaimanapun, Nia bekata bahawa Ivan seorang yang ikhlas sekiranya dia tidak membayar gajinya dalam satu bulan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen