Elak kantoi di SJR, geng baju kurung kalut lari keluar dari kereta

Oleh: Zuzu Yasmine

Umum tahu bahawa pihak kerajaan telah menetapkan akan larangan aktiviti ziarah hari raya sempena sambutan Aidiladha semalam. Namun begitu, masih ada segelintir indivdiu yang degil melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Naik kereta ramai-ramai?

Baru-baru ini, tular akan satu video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter memaparkan sekumpulan keluarga didakwa cuba ‘melarikan’ diri selepas kenderaan yang mereka naikinya melalui sekatan jalan raya (SJR).

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di SJR di sebuah lebuh raya di Lembah Klang.

Menerusi video yang dimuat naik @ilyazrai memperlihatkan empat individu perempuan termasuk seorang kanak-kanak yang lengkap berbaju kurung sedang melangkah penghalang besi di tengah lebuh raya tersebut.

“Haaa tengok mereka ni degil nak pergi beraya jugak. Lepas tu bila sangkut kat SJR, keluar kereta dengan anak cross highway 3 lane,” tulis @ilyazrai.

Duduk rumah diam-diam la!

Sehubungan itu, pelbagai reaksi yang ditinggalkan oleh netizen dimana mereka turut marahkan akan tindakan segelintir pihak yang masih berdegil dan mementingkan diri.

Malah, netizen juga seakan mengeluh apabila sikap sebegini menjadi punca mereka terpaksa berkurung di rumah dengan lebih lama.

Makin lama la duduk rumah

 

Nanti salahkan kerajaan

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen