PU Riz dedah dapat tawaran ke Gaza, dijangka berangkat pada Jun lalu

Oleh: Zuzu Yasmine

Sidang media yang dibuat oleh pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew siang tadi bagi menjawab tuduhan terhadapnya mengejutkan ramai apabila nama selebriti Neelofa juga ‘dipetik’ sama.

Sehubungan itu, Neelofa menafikan bahawa isu Ustaz Ebit Lew dan penyanyi rap, Caprice itu ada kait mengaitkan dengan dirinya.

Bagaimanapun, suami kepada selebriti tersebut, Pu Riz atau nama penuh Muhammad Haris Mohd Ismail mengakui ada mendapat tawaran sekali gus perbincangan untuk menjalankan misi bantuan ke Gaza bersama isterinya, Neelofa; penyanyi, Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Ustaz Ebit Lew pada Jun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Riz berkata tawaran itu daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan sudah menjalankan perbincangan secara dalam talian.

"Memang betul saya bersama isteri dan beberapa selebriti lain termasuk Ustaz Ebit Lew mendapat tawaran untuk ke Gaza. Kami juga dijangka akan ke sana pada Jun lalu. Namun, saya dimaklumkan projek itu tidak dapat diteruskan atas beberapa sebab.

"Kemudian, saya dapat tahu Ustaz Ebit Lew bersama pasukannya dapat ke sana bagi menjayakan misi mereka. Itu adalah rezeki mereka," katanya.

Menurutnya, dia sememangnya mendapat jemputan untuk ke sana namun tidak tahu apa yang berlaku selepas itu.

"Cukup untuk saya jelaskan yang mana memang saya bersama yang lain termasuk Ebit Lew dijemput untuk ke sana. Apa yang berlaku selepas itu, saya tidak ada pengetahuan apa-apa mengenainya.

"Saya harap perkara ini jelas dan orang ramai berhenti untuk membuat spekulasi. Saya berdoa semoga segala kebaikan yang kita kerjakan mendapat keredaan Allah," jelasnya.

Sebelum ini, nama PU Riz, Neelofa, Heliza dan Hazwani disebut penyanyi rap, Caprice dalam hantaran di Instagram Story yang mendakwa mereka sepatutnya ke Gaza bersama Ebit Lew.

Pendedahan itu sekali gus menimbulkan pelbagai tanggapan selain ada yang mendakwa Ebit Lew mengambil kertas cadangan berkenaan bagi tujuan menjayakan misi sendiri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen