11 bulan kahwin, Mira Filzah dedah ada 4 resepsi majlis belum diadakan

Aktres Mira Filzah dalam muat naik kenyataannya di IG Story memaklumkan bahawa majlis resepsi perkahwinan bersama suami sebenarnya masih berbaki 4 lagi resepsi, namun terpaksa dibatalkan disebabkan musim pandemik sejak tahun lalu.

4 majlis resepsi ditangguhkan

Kenyataan tersebut dikongsi oleh Mira menerusi sesi soal jawabnya dengan peminat di laman Instagram apabila salah seorang pengikutnya bertanya sekiranya diberi peluang, ingin menyambung majlis resepsi tersebut atau sebaliknya.

'Baju tinggal fitting je'

Jelas pelakon drama 'Sweet Dreams' itu, keempat-empat majlis yang berbaki itu kesemuanya adalah dari pihak lelaki yang tidak sempat dilakukan susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada tahun lalu.

Bagaimanapun, dia akur sekaligus meluahkan rasa syukur kerana majlis sebelah perempuan telah selesai walaupun tidak seperti yang dirancang.

" 4 baju semua tinggal fitting je, tapi tak kesampaian..."

"It's okay, ada hikmah... Tapi Mira syukur sekurang-kurangnya majlis belah Mira dah selesai semuanya."

Untuk rekod, Mira Filzah telah mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu bersama pasangannya, Wan Emir Astar.

Majlis yang dilakukan secara sederhana turut dihadiri rakan artis dan juga keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak.

Memasuki 11 bulan usia perkahwinan, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman memilih untuk tidak menyambung resepsi yang tertangguh itu susulan melihat keadaan pada masa ini yang tidak mengizinkan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen