Kanak-kanak maut selepas dipatuk ular ketika bermain dengan abang

Sempat menjerit selepas dipatuk ular, seorang bayi lelaki maut selepas empat jam dipatuk ular di kediaman keluarganya di Kampung Seberang Batu Hampar, Solok, Jelawai Hili.

Memetik laporan Sinar Harian, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa, Muhammad Danial Iqwan Muhammad Hafiz, setahun lima bulan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 pagi di Hospital Rembau ketika sedang menerima rawatan susulan.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang merupakan anak bongsu tinggal bersama ibu, nenek dan abangnya di rumah berkenaan.

“Ketika kejadian, mangsa sedang bermain dengan abangnya berusia tiga tahun di bilik tidur utama bersama ibunya yang turut berada di bilik tersebut. Tiba tiba ibunya mendengar jeritan anak bongsunya itu, pada masa sama ternampak seekor ular lari masuk ke lubang dalam bilik tersebut.

“Wanita itu memeriksa dan ternampak kesan patukan ular di tapak tangan kiri anaknya dan terus membawanya ke Hospital Rembau,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Hazri berkata, kira-kira pukul 1 pagi, ibu mangsa dimaklumkan pihak Hospital Rembau bahawa anaknya telah meninggal dunia dan laporan polis dibuat ibu mangsa pada pagi ini.

Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan jenazah kanak-kanak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Masjid Lama Seberang Batu Hampar, Rembau pada Sabtu.

 

Anda masih keseorangan?

964,266 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen