Luluh hati seorang bapa selepas keluarganya disahkan positif Covid-19 namun apa yang lebih meruntun hati apabila terpaksa melihat anaknya yang masih kecil dibawa ambulans bagi menjalani tempoh kuarantin secara berasingan.
Sebak lihat anak naik ambulans tanpa teman
Seorang pengguna Tiktok dengan menggunakan nama Hazim Yunus telah memuat naik sebuah video yang menyaksikan detik-detik ketika anaknya ingin dibawa naik ambulans.
Hazim meluahkan rasa sedihnya melihat anak sulungnya berkeras enggan menaiki ambulans lebih-lebih lagi tanpa diiiringi keluarga yang dikenali, perasaan bercampur baur namun perlu akur.
'Sedihnya tengok adik ni'
Susulan perkongsian tersebut, ruangan komen terus dibanjiri dengan respon yang rata-ratanya sebak melihat reaksi anak kecil itu namun, tak kurang juga yang mempersoalkan tindakannya yang dianggap sanggup melihat anak berpisah dengan keluarga.
'Dia tak tahu apa-apa'
'Kenapa bagi ambulans ambil'
'Bukan saya saja-saja buat macam tu'
Bagaimanapun, Hazim telah tampil memuat naik satu lagi video terbaharunya di Tiktok bagi memperjelaskan situasi tersebut sekaligus menjernihkan semula keadaan susulan video sebelumnya.
"Bukan saya nak pisahkan anak dengan mak ayah, tapi memang saya dan isteri dekat pusat kuarantin..."
"Ambulans tu nak ambil anak saya sebab nak hantar dekat mak dia dekat pusat kuarantin juga...Anak saya sebelum ni dia sihat je, dia baru positif Covid-19."
Tinggalkan Komen