Salute! 'Rider' kongsi duit bantu keluarga kibar bendera putih jadi perhatian

Kempen kibar bendera putih kini masih giat berlangsung di luar sana kepada mereka yang memerlukan bantuan sama ada dari segi segi kewangan atau keperluan harian susulan bagi meringankan beban mereka yang terkesan sejak daripada pandemik ini.

Nampak rumah kibar bendera putih

Pun begitu, seorang pengguna Twitter yang juga merupakan 'rider' penghantar makanan telah berkongsi sebuah 'moment' yang amat meruntun hati pengguna platform tersebut.

Dia yang menggunakan nama @azmlfrds memulakan kisahnya apabila dia terlihat sebuah rumah mengibarkan bendera putih ketika sedang melalui kawasan perumahan bersama rakan-rakan yang lain bagi mencari pesanan.

Sempat menebual penghuni rumah tersebut, sepasang suami isteri berbangsa India itu didapati tinggal bersama seorang lagi cucunya dan apabila ditanya bentuk bantuan yang diinginkan, mereka hanya inginkan susu untuk cucunya yang masih kecil memandangkan gaji si isteri hanya mencukupi untuk bayar sewa dan bil api air sementara suaminya pula tidak bekerja.

Sepakat kongsi duit hulur bantuan

Susulan itu, mereka sepakat berkongsi duit untuk membantu keluarga tersebut bagi meringankan beban mereka dengan membeli segala keperluan asas untuknya dan cucu di bawah jagaannya.

 

'Korang memang mantap'

Meninjau pula ke ruangan komen, rata-ratanya amat tersentuh hati dengan tindakan murni tersebut di samping berharap agar @azmlfrds dan rakan 'rider' yang lain dimurahkan lagi rezeki selepas ini.

 'Walau susah tetap tolong'

 

'Moga rezeki melimpah ruah'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen