Jatuh cinta dengan asam pedas, Hidilyn Diaz tak lupa jasa keluarga angkat di Melaka lepas menang

Oleh: Zuzu Yasmine

Kisah kemenangan atlet angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz dalam sukan Olimpik Tokyo 2020 sememangnya mencuri perhatian ramai selepas mengetahui atlet tersebut menjalani latihan di Melaka pada tahun lalu disebabkan terkandas di Malaysia berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Disebabkan itu, Hidilyn terpaksa menjadikan garaj rumah keluarga angkatnya di Jasin, Melaka sebagai lokasi latihan yang juga merupakan rumah Timbalan Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM).

Dah lama kenal & kerap berhubung

Menurut pemilik rumah berkenaan, Ahmad Janius Abdullah berkata, dia mula mengenali Hidilyn sejak tahun 2011 dalam pertandingan angkat berat dan kerap berhubung sehingga pada tahun lalu atlet tersebut memaklumkan ingin mengubah angin berlatih di Malaysia sebagai persiapan untuk kelayakan Olimpik di Colombia pada Mac 2020 lalu.

“Kita kenal lama. Saya kenal dia pada 2011. Bila ada pertandingan baru berjumpa. Bila berjumpa, dia nak pergi kelayakan Olimpik di Columbia pada bulan Mac tahun lepas, jadi dia saja tukar angin nak berlatih di Kuala Lumpur sebelum terbang ke sana.

“Tapi, kejohanan tu tak jadi, dan dia pun tak jadi terbang dan terkandas dekat Kuala Lumpur. Lama-lama kita santuni dia sebagai tetamu dan atlet, dan kita tunjukkan bahawa di Malaysia ni, kita boleh jaga dia walau dia jauh dari keluarga,” ujar Ahmad Janius.

Ahmad Janius kemudian mengambil keputusan membawa mereka ke rumah pusaka ibu mertuanya di Kampung Kesang Tua sebelum memulakan latihan di garaj berkenaan selain melakukan beberapa pengubahsuaian bagi membantu latihan Hidilyn memandangkan atlet itu perlu ruang latihan yang selesa.

Jatuh cinta dengan asam pedas

Memuji akan sikap Hidilyn yang tidak kedekut ilmu, Ahmad Janius juga berkongsi bahawa atlet berkenaan awalnya kekok akan suasana kampung namun lama kelamaan jatuh cinta dengan suasana dan masakan negeri itu iaitu asam pedas.

Ahmad Janius juga menyatakan bahawa atlet wanita itu sangat komited dan berdisiplin sepanjang menjalani latihan malah mempunyai peribadi sangat baik apabila tidak lupa menghubunginya sebelum memulakan kejohanan serta selepas dinobatkan sebagai juara.

Dapat penerbangan percuma seumur hidup

Sehubungan itu, portal berita Filipina, Rappler, Air Asia Filipina dilapor telah menghadiahkan penerbangan percuma sepanjang hayat kepada Diaz sebagai penghargaan diatas pencapaiannya di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Melalui ganjaran berkenaan, Diaz kini boleh mengunjungi lebih 140 destinasi yang dihubungkan oleh Air Asia merangkumi lokasi-lokasi popular di Asia, Australia, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Sebelum ini, Hidily yang melakukan angkatan seberat 224 kilogram untuk mengatasi wakil China, Liao Qiuyin, dan atlet Kazakhstan, Zulfiya Chinshanlo, bagi mengungguli acara itu dengan memecahkan rekod Sukan Olimpik sekaligus memenangi pingat emas pertama Filipina dalam sejarah Sukan Olimpik.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen