Mampu tampung seberat 200kg, atlet Sukan Olimpik kongsi katil kadbod secara 'detail'

Oleh: Zuzu Yasmine

Sukan Olimpik yang berlangsung di Jepun sememangnya menjadi tumpuan seluruh dunia. Mana tidaknya setiap negara ternanti-nanti akan keputusan cemerlang daripada atlet masing-masing.

Atlet kongsi kelebihan katil kadbod

Bukan sahaja atlet yang menjadi tumpuan dunia, namun katil yang diperbuat daripada kadbod juga mencuri perhatian.

Teruja akan teknologi negara tersebut, atlet renang negara Leong Mun Yee berkongsi suasana biliknya serta keadaan katil tersebut secara lebih terperinci di platform TikTok miliknya.

Apa yang menariknya, katil tersebut dikatakan diperbuat daripada kadbod yang dikitar semula malah tilamnya juga boleh diubah suai mengikut kesesuaian badan setiap atlet.

Mampu tanggung seberat 200kg

Memetik laporan Mothership, katil tersebut mampu menampung lebih 200 kilogram berat badan seseorang malah tilamnya juga boleh diubah suai mengikut keselesaan dan keperluan para atlet.

Difahamkan, katil tersebut dihasilkan sebagai satu langkah mesra alam yang ditunjukkan oleh negara tersebut yang teguh dan komited dalam menghijaukan bumi dengan menggunakan produk alam sekitar.

Kreatif dan inovatif betul idea mereka ni, lepas selesai sukan olimpik boleh terus kitar semula katil tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen