Cubaan kedua lepas 11 tahun, atlet lawan pedang Argentina terima lamaran jurulatih di Olimpik Tokyo

Memetik laporan dari Stadium Astro, jurulatih bagi acara sukan lawan pedang, Lucas Guillermo Saucedo telah mengambil keputusan untuk melamar anak didiknya, Maria Belen Perez Maurice di sukan Olimpik Tokyo baru-baru ini.

Atlet dilamar jurulatih

Kejadian tersebut menjadi perhatian netizen apabila video lamaran tersebut dirakam secara langsung ketika Maria sedang ditemu bual pihak media selepas dia tersingkir daripada sukan tersebut ketika menentang atlet dari Hungary.

 

Menurut sumber, ia merupakan percubaan kali kedua jurulatih itu melamar selepas lamaran pertamanya di tolak dalam Kejohanan Dunia pada tahun 2010.

Menangis terima lamaran

Susulan itu, dia kelihatan gembira sekaligus meluahkan rasa syukur apabila Maria menerima lamarannya dengan mengatakan 'Ya' sebelum menangis.

"Kami sangat gembira. Kami memiliki hubungan yang sangat baik. Sudah tentu, kami ada bertengkar, tetapi kami saling menikmati masa ketika bersama."

"Kamu sangat mencintai satu sama lain dan kami ingin menghabiskan hidup kami bersama."

-Maria-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen