"Tahap antibodi tak capai minimum..." -Pakar minta penerima Sinovac terima dos ketiga

Memetik akhbar Sinar Harian, pakar-pakar kesihatan mencadangkan agar kerajaan memberikan dos ketiga atau dos penggalak (booster) kepada penerima vaksin jenis Sinovac.

Keperluan dos ketiga

Hal itu adalah tahap minimum keberkesanan sesuatu vaksin yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah melebihi 50 peratus sementara vaksin Sinovac hanya mempunyai tahap antibodi 16.9 dan 35.2 peratus.

Bagaimanapun, pakar tidak mempertikai tahap keberkesanan vaksin berkenaan sebaliknya hanya ingin penerima peroleh perlindungan yang optimum.

"Ia tidak bermaksud vaksin Sinovac ini tak berkesan, cuma ia memerlukan dos tambahan bagi memastikan individu yang menerima vaksin dapat perlindungan optimum."

"Jika dos ketiga ini boleh memberikan perlindungan melebihi daripada 50 peratus, ia adalah sesuatu yang baik dan perlu pertimbangkan serta laksanakan."

-Pakar-

Dalam perhatian pihak bertanggungjawab

Namun begitu, pakar turut memaklumkan bahawa perkara berkenaan iaitu keperluan dos ketiga telah berada dalam perhatian pihak bertanggungjawab.

"Kalau kita lihat kepada situasi semasa, ada kes melibatkan varian baharu. Jadi, keperluan untuk dos perangsang ini memang ada disebabkan varian baru ini."

-Pakar-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen