Nilai murni yang baik mencerminkan perilaku yang baik, rasanya dari waktu kecil kita didedahkan untuk sentiasa menghormati dan menjaga adab dengan orang yang lebih tua daripada kita.
Influencer dilabel biadap
Namun, lain pula yang terjadi kepada influencer ini apabila tindakannya telah mengundang kecaman netizen susulan tular video yang menyaksikan caranya melayan seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun.
'Menyesal tak pakcik?'
Dalam video tersebut dia bertanyakan tentang kisah silam seorang lelaki warga emas dengan mengaitkan nasib yang menimpanya pada ketika ini.
Dia bertanya sekiranya pak cik berkenaan menyesal atau tidak apabila tidak berusaha bersungguh-sungguh pada waktu mudanya dahulu sehingga tanpa sedar reaksi pak cik itu sedikit berubah apabila dimalukan seperti itu dihadapan orang ramai.
"Menyesal tak masa muda dulu tak buat betul-betul...Banyak main-main menyesal tak?"
"Korang nak menyesal sampai tua ke?"
Ruangan komen dipenuhi emosi
Perkongsian video tersebut telah dimuat naik oleh pengguna yang hanya ingin dikenali sebagai @IbuPeri di Twitter dan siapa sangka video tersebut dipenuhi dengan kecaman dan kritikan yang penuh emosi di ruangan komen.
'Ujian buat kau bro'
'Kau tak tahu apa dia lalui'
Bagaimanapun menurut sumber, akaun Instagram milik influencer terbabit kini telah diperibadikan (private) atas faktor yang tidak diketahui.
Tinggalkan Komen