"Perempuan mana tak mahu pregnant..." -'Influencer' sebak ditanya soal anak

Oleh: Zuzu Yasmine

“Tak mengandung lagi ke?” Itu adalah satu soalan yang sangat sensitif buat pada isteri yang ternanti-nanti untuk bergelar seorang ibu buat anak-anak mereka.

Ada yang telah melakukan pelbagai usaha untuk menimang cahaya mata sendiri hingga tidak kisah menanggung sakit namun, itu semua bergantung kepada rezeki yang diberikan akan olehNya.

Tak teringin ke nak anak?

Turut terkesan akan isu sensitif itu, seorang ‘influencer’ Atierah Zulfathie gagal menahan kesedihan apabila diaju soalan ini semasa di IG Live miliknya.

“Perempuan mana tak mahu pregnant, aku pun tengah berusaha lagi,” katanya sebak.

Dalam pada itu, dia juga menyatakan sekiranya ada yang tidak senangkan akan dirinya, dia tidak kisah jika pengikut mahu ‘unfollow’ daripada asyik bertanya soalan yang mengguris hati.

Allah bagi macam-macam nikmat

Dalam pada itu, dia juga meluahkan rasa syukur akan kehidupan yang dia jalani ketika ini.

“Kalau Allah tak beri aku rezeki zuriat tu tak apa, aku reda,” luahnya lagi.

Kita senasib, percaya pada rezeki

Sehubungan itu, netizen turut merasa sebak dan memahami perasaan ‘influencer’ berkenaan. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman menanti cahaya mata walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga.

Selain mereka juga meninggalkan kata-kata semangat buat dirinya agar terus bersabar dan berdoa.

Stay strong!

Gemuk bukan punca

Untuk makluman, Atierah telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya Apit Johari pada tahun 2019, sehingga kini mereka masih belum dikurnaikan cahaya mata lagi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen