"Saya tak nampak dia kurang ajar..." -Erma Fatima tak rasa usahawan biadap

Ketika semua orang sedang menghentam serta mengkritik tindakan usahawan ke atas seorang lelaki warga emas, tampil seorang pengarah dan juga pelakon, Erma Fatima dengan pendapatnya tentang isu tersebut dan jelas sekali ia berbeza dengan yang lain.

Pernah alami situasi sama

Memetik laporan mStar, Erma Fatima berpendapat bahawa tindakan influencer dan usahawan yang dikenali sebagai Carl Samsudin tidaklah sesuatu yang biadap sebaliknya hanya ingin memberi motivasi kepada gelandangan terutama anak muda.

Hal itu menurutnya adalah kerana dia juga sebelum ini pernah berhadapan dengan situasi yang sama membuatkan dia beranggapan bahawa segelintir mereka sememangnya memerlukan teguran keras untuk mengubah nasib kehidupan mereka.

"Saya bukan setuju dengan tindakan dia tapi saya tak nampak dia biadap atau kurang ajar. Lain lah kalau dia guna perkataan kesat atau kasar. Saya tengok video itu berulang kali sebelum nak beri komen."

"Bagi saya, itu cara dia nak beri motivasi kepada golongan gelandangan terutama anak muda. Dia hanya jadikan pakcik itu sebagai contoh untuk anak-anak muda yang memilih untuk jadi gelandangan."

-Erma Fatima-

Hanya beri motivasi

Dalam pada itu, pengarah drama Mak Cun itu turut menjelaskan bahawa memang akan ada segelintir pihak yang perlu mendorong kita bersikap tegas kepada mereka.

"Sebab, ada kalanya naj beri motivasi dengan orang gelandanan ini kalau cakap lembut...tak jalan. Saya pernah berdepan dengan orang gelandangan, jadi saya tahu perangai mereka macam mana."

-Erma Fatima-

Selain itu, Erma turut meminta agar semua pihak tidak hanya menonton video itu daripada satu sisi sahaja tanpa menilai perkara lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen